1. Anda begitu terkejut kerana buah tembikai yang anda beli telah berubah menjadi sebuah rumah yang didiami oleh biji-biji tembikai yang mempunyai kaki dan tangan.
*Lukis dari jarak dekat. Penekanan kepada unsur jalinan, bentuk, ruang dan perspektif.
2. Sebuah tunggul kelapa ditepi pantai ditumbuhi pokok orkid yang sedang berbunga.
* Lukis dari jarak dekat tunggul kelapa dan pokok orkid dengan berlatar belakangkan pantai dan laut. Penekanan kepada jalinan, bentuk, warna dan ruang.
3. Seorang budak lelaki sedang mengikat rambut seorang perempuan tua di dalam sebuah bilik. Perempuan tua itu duduk di atas kerusi yang menghadap tingkap sambil menatap wajah pada cermin yang dipegangnya.
* Penekanan pada ruang, jalinan dan warna.
4. Beberapa orang pelajar sedang memerhatikan pelbagai jenis ikan di dalam sebuah terowong akuarium.
* Penekanan pada ruang, jalinan, perspektif dan pengcahayaan.
5. Anda telah menyertai perkhemahan pasukan pengakap sekolah anda di sebuah hutan rekreasi. Semasa perkhemahan tersebut, jerebu melanda kawasan perkhemahan anda. Ketika itu juga cahaya matahari menjadi kekuning-kuningan manakala pokok-pokok dipersekitaran tidak jelas kelihatan kecuali khemah anda.
* Penekanan pada jalinan, ruang, warna dan pengcahayaan
6. Seekor rusa sedang minum air disebuah tasik. Di sekitar tasik ditumbuhi pokok-pokok renek.
Bengkel Batik ini telah diadakan di Pustaka Miri pada 10 Februari 2009 yang lalu. Diwakili 4 pelajar Sekolah SMK Pujut dengan Cikgu Rani sebagai guru pengiring akhirnya dapat menghasilkan corak batik yang amat menarik dari segi warna dan imbangan pada karya. Berikut sebahagian video di bengkel tersebut :)