"SENI ITU INDAH, TANPA SENI TIADALAH BUDAYA DAN TANPA BUDAYA HILANGLAH WARISAN" Pupuklah sikap Cintai Pendidikan Seni di Sekolah

Sunday, November 23, 2008

SPM 2008 KERTAS 2 (CONTOH IDEA)

KELAS TAMBAHAN BILIK SENI SMK PUJUT
25 NOV JAM 8 pagi bersama Cikgu Rani

SOALAN 2 (belum siap sepenuhnya)




SOALAN 6

Anda bersama keluarga berkesempatan melancong ke negara thailand.satu pengalaman menarik yang pernah anda alami ialah menunggang seekor gajah mengelilingi sebuah taman. Gambarkan pengalaman anda dengan memberi penekanan kepada jalinan bentuk dan ruang


Masa diambil untuk penghasilan karya di atas :
Lakaran 20 minit
Mewarna 2 jam 15 minit
Kering 10 minit
Jumlah 2 jam 45 minit

Contoh lakaran soalan 6 oleh Akmal 5D (sangat kreatif! warnakan lakaran ini dengan baik)


Peringatan :
Lakaran harus kurang daripada 20 minit selebihnya untuk kerja mewarna.

Warna adalah kerja sukar dan memerlukan masa yang lama terutama untuk perincian jalinan.

Saturday, November 22, 2008

SOALAN SPM 2008 = KERTAS 2 PENDIDIKAN SENI VISUAL

SILA PILIH SATU SOALAN SAHAJA DARIPADA 6 PILIHAN.

no.1
Didalam almari kaca di sebuah kedai telekomunikasi, beberapa buah telefon bimbit pelbagai jenama sedang mengadakan pesta sambutan hari jadi. Gambarkan kemeriahan pesta tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan komposisi yang menarik

no.2
di sudut luar rumah, terdapat beberapa buah pasu bunga yang tidak bersusun dan terbiar dibawah pangkal pokok. sebuah daripada pasu itu tergolek dan pecah. tanah dan pokok bunga terkeluar daripada pasu tersebut. kelihatan juga sebahagian roda basikal terletak berhampiran

no.3
anda sedang menyaksikan satu pertunjukan layang2. kedudukan anda dibelakang beberapa org yang sedang menyaksikan pertunjukan tersebut. Lukiskan suasana tersebut melalui sudut pandangan dari kedudukan anda itu..penekanan hendaklah diberikan kepada bentuk jalinan ruang dan warna

no.4
seorg jurufoto sedang memfokuskan kamera digital kearah seekor rama2 yang sedang hinggap pada sekuntum bunga. lukiskan panorama tersebut melalui tetingkap kamera digital. penekanan hendaklah diberikan kepada komposisi, imbangan, bentuk, jalinan, ruang dan warna

no.5
pokok bakau merupakan unsur alam semulajadi yang terbaik untuk menghalang pantai daripada hakisan ombak. akar yang banyak dan berselirat dapat melemahkan pergerakan ombak yang kuat dan menjadi habitat untuk spesis hidupan kawasan hutan bakau. Lukiskan fenomena pergerakan ombak terhadap pokok2 bakau dan kehidupan sekitarnya dengan memberi penekanan pada unsur jalinan, pergerakan, ruang dan pencahayaan

no.6
Anda bersama keluarga berkesempatan melancong ke negara thailand.satu pengalaman menarik yang pernah anda alami ialah menunggang seekor gajah mengelilingi sebuah taman. Gambarkan pengalaman anda dengan memberi penekanan kepada jalinan bentuk dan ruang

BELAJAR CATAN CAT AIR (WATER COLOR)

TAMAN SALJI




TASIK



POKOK



LANSKAP



BUNGA MAWAR

Sunday, November 9, 2008

TEKAT, BATIK, TENUN, RUMAH TRADISIONAL, LANSKAP, MULTIMEDIA




UKIRAN KAYU TRADISIONAL



Pengenalan

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli.

Sejarah Ukiran Kayu Melayu Tradisional

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Teknik dan Gaya

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Dua teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah 1) tebuk terus 2) tebuk timbul.

Tebuk Tembus


Tebuk Timbul


Susunan atau pola ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu 1) pola bujang 2)pola lengkap 3) pola pemidang.

* Pola Bujang
Bentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung. Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntuk bunga ataupun putik buah.

* Pola Pemidang
Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak berbelit-berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang.

Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain-lain. Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.

* Pola Lengkap
Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun, putik dan sulurnya.

Alat dan Motif

Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi dan paling penting pahat. Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis ;
  • Motif flora, sulur dan daun, tampuk manggis, bunga teratai, daun keladi dan bunga sukun.
  • Motif fauna, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang petang)
  • Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti bintang, matahari, bulan dan bukit bukau
  • Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan. Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga.
  • Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.

Penggunaan

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.


ANYAMAN (Mengkuang dan Pandan)
Proses penyediaan daun mengkuang/pandan :
1. MEMILIH DAUN – kerat pagi/petang utk elak layu, daun usia 2 tahun, bhgn tulang daun (mempulur) dibuang dengan pisau.










2. MELAYUR – atas bara api sehingga warna daun kekuningan supaya lembut dan thn lama tak mudah patah.









3. MENGJANGKA
– daun dibelah menjadi saiz kecil dan sekata bhgn duri pada daun juga dpt dibuang.















4. MERENDAM – helaian daun diikat dan direndam 3 hari 3 mlm dgn air. Air perlu ditukar 2 kali sehari elak bau masam. Proses rendam untuk
lunturkan warna hijau menjadi putih pada daun.
5. MENJEMUR – Daun dibuka ikatannya dan dijemur hingga kering.
6. MELURUT/LARIK – Daun yang kering dilurut utk luruskan daun dan elak bergulung-gulung











7. MEWARNA – 2 cara tradisional atau moden. Tradisional : guna kunyit (kuning) kesumba india(jingga) mengkudu (biru) arang (hitam).
Moden : guna Dylon yang dibancuh dan dididihkan. Daun diikat celup selama 15-20 minit. Ikatan daun diangkat dibiarkan sejuk dan
dibasuh kemudian dijemur.
8. MENGANYAM – ada 5 peringkat dalam proses menganyam iaitu :
A) Lagang
Asas atau tulang kpd rekabentuk anyaman. Menentukan panjang dan bentuk anyaman
B) Anyaman
Terbhg kpg 3 jenis samada nk buat Anyaman kelarai, Anyaman biasa atau anyaman sulam.
*Anyaman dimulakan dr bhgn tengah (lagang) seterusnya dianyam ke bhgn tepi.
C) Pepeh atau Lepih
Anyaman Mati iaitu mengakhiri anyaman
D) Sisip
Hujung daun dipotong serong dan masukkan ke dalam/sisip supaya tak terburai.
E) Kerat
Daun lebih dipotong supaya kemas.

Rupa Bentuk Tikar :
Tikar terbhg 4 bhgn iaitu Badan, Kepala Tikar, Bucu Tikar dan Tepi Tikar.

Tuesday, November 4, 2008

BATIK


Jenis-jenis batik

BATIK LUKIS/CANTING

Teknik ini paling banyak digunakan kerana ia menjimatkan masa.Banyak kain batik dapat dihasilkan melalui satu skrin dan proses penghasilannya adalah berkali-kali ganda lebih cepat daripada proses batik blok dan batik canting.Disebabkan proses menghasilkan batik skrin tidak menggunakan lilin, hasilnya kelihatan kurang hidup dan tidak mempunyai kesan lilin.Batik skrin tidak dianggap sebagai batik tulen kerana semua batik yang dihasilkan menggunakan skrin yang sama adalah serupa.Teknik membatik sama seperti teknik cetakan skrin ( cetakan sutera saring)


BATIK BLOK/TERAP

Batik blok juga dikenali sebagai batik trap atau batik capBlok kayu yang mempunyai corak timbul digunakan untuk menerap lilin cair ke atas kain.Kain batik blok mempunyai kesan retak (retak seribu) disebabkan kesan warna akibat proses merenyuk kain untuk mengeuarkan lilin Kelebihan proses cetakan ini ialah ia dapat menghasilkan banyak batik dengan menggunakan blok yang sama.Setiap hasil batik blok dianggap batik tulin kerana setiap kali terapan dibuat, kesan garisan lilin yang dihasilkan adalah berbeza.




BATIK SKRIN

Teknik ini paling banyak digunakan kerana ia menjimatkan masa.Banyak kain batik dapat dihasilkan melalui satu skrin dan proses penghasilannya adalah berkali-kali ganda lebih cepat daripada proses batik blok dan batik canting. Disebabkan proses menghasilkan batik skrin tidak menggunakan lilin, hasilnya kelihatan kurang hidup dan tidak mempunyai kesan lilin. Batik skrin tidak dianggap sebagai batik tulen. semua batik yang dihasilkan menggunakan skrin yang sama.



Oleh kerana Batik skrin atau dikenali juga sebagai batik cetak tidak menggunakan lilin maka satu alat yang dikenali sebagai Kelongsong Stensil (funnel pen) yang berbentuk kon di gunakan dengan Kelongsong stensil ini diisi cecair laker yang bertindak seperti lilin. Ia digunakan untuk melukis corak pada kain pemidang skrin mengikut pecahan motif dan warna.





BATIK PELANGI


Dikenali sebagai batik ikat dan celup. Dihasilkan dengan cara mencelup kain yang telah diikat ke dalam pewarna cair. Warna yang cerah dicelup dahulu diikuti dengan warna yang gelap. Hasil corak batik jenis ini biasanya berbentuk bulatan-bulatan yang berwarna-warni. Proses penghasilan batik ini tidak menggunakan bahan lilin.


Monday, November 3, 2008

TENUNAN

KAIN MOGAH : SABAH




SONGKET : KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG

TEMBIKAR

PROSES LABU SAYONG DAN LABU GELUGOR

TEKAT



Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat menekat ini juga disebut 'sulaman timbul' atau 'suji timbul'. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga rupabentuk ciptaannya. Di Malaysia, pusat-pusat seni tekat berkembang di negeri Perak, Pahang dan Johor.

KLASIK ... Tekatan benang emas pada sarung bantal, kipas, beg tangan, kasut dan tepak sirih antara produk tekat hasil sentuhan Azizah Yusuf dari Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan di Kuala Kangsar yang masih lagi popular dan mendapat sambutan

Motif tumbuh-tumbuhan dan motif geometri. Rupabentuk tekatan terbahagi kepada dua iaitu dua dimensi dan tiga dimensi. Rupabentuk dua dimensi ialah seperti tikar, kipas dan penyangkut kelambu, selempang dan tetampan (Lapik dulang). Rupabentuk tiga dimensi pula seperti tepak sirih, sarung bantal, kusyen, kasut dan tudung saji. Tudung saji dibentuk tiga segi (kon) berongga. Bahagian yang dihias ialah bahagian luar dari puncak hingga ke tapaknya. Acuannya dibuat daripada daun nipah atau rumbia yang diikat dengan rotan atau buluh.


Proses Pembuatan
Jahitan Tekat Selayah


Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul.

* Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 cm dan 0.25 cm. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.

* Seterusnya kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada rekabentuk yang diingini. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu baldu akan menjadi tegang.

* Selepas itu benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentasbenang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

* Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup dengan kertas emas atau labuci.



Penggunaan

Ciptaannya merupakan pakaian dan bahan kelengkapan dan wujud serta berkembang di istana. Alatan yang dihiasi dengan tekat emas merupakan alat istana. Beberapa rupabentuk tekat dicipta digunakan sebagai bahan atau alat seharian, juga pakaian rasmi sultan. Seni tekat telah berkembang kepada masyarakat luar istana dan dilakukan sebagai kraftangan sambilan. Malah kerana kerjanya yang harus berhati-hati dan memakan waktu yang lama untuk menyiapkannya, maka ia dibuat beransur-ansur apabila diperlukan. Misalnya bagi gadis-gadis yang telah bertunang akan menyediakannya sendiri secara berperingkat-peringkat alat-alat perkahwinannya dengan tekat, sebagai hiasan pelamin, sarung bantal, alas tempat tidur, kipas, kasut dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, fungsi tekat masih terbatas. Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah. Penciptaannnya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang dekoratif serta indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.

Sunday, November 2, 2008

SENI HALUS



Seni halus terbahagi kepada 4 bidang seperti diatas :


LUKISAN

Sejarah Lukisan


1. Lukisan awal di tanah air dijumpai sejak zaman batu. Manusia zaman batu melukis di Dinding Gua Tambun, Perak. Gambaran yang dilukis menggambarkan aktiviti dan perasaan mereka.

2. Perkembangan lukisan di Eropah selari dengan perkembangan catannya. Pelukis-pelukis zaman ini melukis bertujuan membuat lakaran bagi menghasilkan cetakan dan catan.

3. Perkembangan revolusi di Eropah mengembangkan seni lukisan berbentuk reka cipta.

4. Perkembangan di bidang matematik memperlihatkan pelukis menggunakan nisbah keemasan (Golden Mean) sebagai rujukan.

5. Pelukis Albrecht Durer dan Leonardo Da Vinci mula memperkenalkan skala dalam lukisan figura
PENGETAHUAN ASAS SEBELUM MELUKIS :

1. Asas seni reka 2. Perspektif 3. Cahaya, bayang dan bentuk 4. Teknik memilih sudut pandangan 5. Teknik mengukur objek mengikut kadar (kadar banding)

PERSPEKTIF :






Perbezaan Lakaran, Lukisan dan Catan

Lakaran adalah proses awal yang ringkas dan cepat untuk memperoleh idea gubahan sementara lukisan ialah peringkat kedua yang melibatkan kerja yang lebih sistematik untuk mendapatkan kesan ton, jalinan, pencahayan, ruang, perspektif dan komposisi dengan menggunakan media kering atau bukan warna basah. Sementara catan pula dengan pelbagai teknik menghasilkan gambaran dengan bahan warna dan pewarna seperti cat yang memerlukan pelarut daripada air atau minyak untuk mencairkan atau memudahkan pergerakan sapuan.


CATAN




CETAKAN

Cetakan terbahagi kepada 4 iaitu :
1. Cetakan Timbulan : blok kayu atau blok lino
2. Cetakan Benaman : blok logam (intaglio)
3. Cetakan Datar/planografi : blok batu kapur
4. Cetakan Sarigrafi/stensil : blok sutera saring.

Terdapat pula 3 jenis teknik cetakan sarigrafi :
1. kertas pendua
2. profilem/filem leker
3. foto emulsi/skrin foto

Video di bawah tentang cetakan timbulan menggunakan blok lino :








Video di bawah tentang cetakan timbulan menggunakan blok kayu :




CETAKAN SUTERA SARING
(FOTO EMULSI)


KEMASAN PEMBINGKAIAN CETAKAN

kiri : Edisi 2/10 bermaksud cetakan kedua dari jumlah bilangan 10
tengah : Tajuk
kanan : Nama dan tahun

hitam : bingkai
kelabu : kadbod keras mounting tidak menyentuh tepi cetakan untuk nilai kejituan.
putih : karya cetakan

Thursday, September 11, 2008

PRINSIP REKAAN

UNSUR-UNSUR SENI

Art 120 Basic Design

Art Element Texture (Jalinan )

Jalinan terbahagi kepada dua jenis iaitu :
a. Jalinan sentuh (boleh dilihat dan dirasai oleh tangan, contoh kulit durian sebenar jalinannya tajam)
b. Jalinan tampak (hanya boleh dilihat dengan mata tidak dapat dirasai melalui sentuhan, contoh gambar kulit durian)

* Walaubagaimanapun, jalinan sentuh boleh dipindahkan kepada jalinan tampak melalui teknik gosokan dan capan.

RODA WARNA

Warna Asas (Primary), Sekunder (Secondary)

dan Tertier (Tertiary)


Wednesday, September 10, 2008

Choosing Art as a Career



So you want to be an artist… is this a realistic career choice, or are you going to live in a cockroach-invested flat for the rest of your life, fulfilling the “starving artist” stereotype? In short, the odds of being a successful fine artist (someone who makes a living by creating original, one-off pieces of art) are against you -- but some people do succeed. Though most of us are exposed to art only as paintings in galleries, art teachers like me :), and hobby painters, there are many other options out there. Being a fine artist isn’t the only career option for artists. [Read more...]