"SENI ITU INDAH, TANPA SENI TIADALAH BUDAYA DAN TANPA BUDAYA HILANGLAH WARISAN" Pupuklah sikap Cintai Pendidikan Seni di Sekolah

Saturday, November 22, 2008

SOALAN SPM 2008 = KERTAS 2 PENDIDIKAN SENI VISUAL

SILA PILIH SATU SOALAN SAHAJA DARIPADA 6 PILIHAN.

no.1
Didalam almari kaca di sebuah kedai telekomunikasi, beberapa buah telefon bimbit pelbagai jenama sedang mengadakan pesta sambutan hari jadi. Gambarkan kemeriahan pesta tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan komposisi yang menarik

no.2
di sudut luar rumah, terdapat beberapa buah pasu bunga yang tidak bersusun dan terbiar dibawah pangkal pokok. sebuah daripada pasu itu tergolek dan pecah. tanah dan pokok bunga terkeluar daripada pasu tersebut. kelihatan juga sebahagian roda basikal terletak berhampiran

no.3
anda sedang menyaksikan satu pertunjukan layang2. kedudukan anda dibelakang beberapa org yang sedang menyaksikan pertunjukan tersebut. Lukiskan suasana tersebut melalui sudut pandangan dari kedudukan anda itu..penekanan hendaklah diberikan kepada bentuk jalinan ruang dan warna

no.4
seorg jurufoto sedang memfokuskan kamera digital kearah seekor rama2 yang sedang hinggap pada sekuntum bunga. lukiskan panorama tersebut melalui tetingkap kamera digital. penekanan hendaklah diberikan kepada komposisi, imbangan, bentuk, jalinan, ruang dan warna

no.5
pokok bakau merupakan unsur alam semulajadi yang terbaik untuk menghalang pantai daripada hakisan ombak. akar yang banyak dan berselirat dapat melemahkan pergerakan ombak yang kuat dan menjadi habitat untuk spesis hidupan kawasan hutan bakau. Lukiskan fenomena pergerakan ombak terhadap pokok2 bakau dan kehidupan sekitarnya dengan memberi penekanan pada unsur jalinan, pergerakan, ruang dan pencahayaan

no.6
Anda bersama keluarga berkesempatan melancong ke negara thailand.satu pengalaman menarik yang pernah anda alami ialah menunggang seekor gajah mengelilingi sebuah taman. Gambarkan pengalaman anda dengan memberi penekanan kepada jalinan bentuk dan ruang